Pengumuman~!

Selamat datang ke Ceritera Minda Kayangan! Sebenarnya blog ini masih dalam pengubahsuaian.. Sebab blog yang asal sebenarnya di sini; Berikanku Cahaya. Jadi, 'perpindahan' ke sini memerlukan saya menyesuaikan diri di blog baharu.

Saturday, August 16, 2008

THE PAST [4]

DIA USTAZ SYAWAL


[Edisi Belum Edit]


"Eh, ada berita 'syok' punya," Afifah Nabilah, gadis berkulit putih pucat dan rendah menyergah ke meja Ainil Yaqin dan tiga rakannya yang lain. Tanpa menunggu reaksi mereka, dia menyambung.


"Sudah ada ustaz baru yang akan mengajar kita Bahasa Arab!" gembira benar lagaknya si Nabilah.


Ainil Yaqin mengangkat alis kiri. Apa yang hendak digembirakan sangat? Sedari awal bulan Januari lagi guru Bahasa Arab yang mengajar pelajar menengah rendah di sekolah mereka telah ditukarkan di sekolah lain. Jika guru penggantinya sudah datang, kenapa kegembiraan Afifah Nabilah atau yang mereka selalu memanggil nama singkatannya; Fifah-N begitu…erm..Kami memanggilnya Fifah-N kerana terdapat dua orang di dalam kelas ini yang bernama Afifah. Afifah Nabilah dan seorang lagi Afifah Insyirah. Afifah Insyirah kami memanggilnya Fifah-I.


"Alhamdulillah. Tapi kenapa gembira sangat?" soal Nadiah pula sambil memicingkan matanya.


"Ustaz tu handsome gila! Mengancam betul la."


Huh, dah agak dah. Inilah sebenarnya yang menggembirakan hati Nabilah. Bukan sebab pertama tadi.


"Muda lagi tau! Dalam lingkungan awal 20 macam tu la,"


Ainil Yaqin hanya tersenyum simpul. (Lebih kepada mengejek)


Nabilah terus berlari-lari anak menyampaikan berita yang kononnya hebat itu kepada teman-teman yang lain.


"Jerk?" soal Yen mengerutkan dahinya.


Ainil Yaqin menjungkit bahu.



** ** **



"Ismi, Mohamad Syawal bin Amir. Saya guru baru yang mengajar subjek Bahasa Arab Komunikasi. Harap semua dapat memberi kerjasama," guru baru itu memperkenalkan diri.


"Ustaz dah kahwin ke belum?"


Amboi, mulut celupar mana yang menyoal. Nasyitah berpaling ke kiri, di mana 'terbitnya' soalan tersebut. Oh, Syuhadah rupanya!


"Kenapa? Nak kahwin dengan saya?" Ustaz Syawal pula menyoal sambil senyum simpul.


Huh, nak main teka-teki pula. Ainil Yaqin hilang minat. Nadiah di sebelahnya juga begitu. Dia langsung menyembamkan muka di atas meja beralaskan lengan kanan.


Bosan betul.


Mengantuk.


Mual.


Letih.


Lapar.


Nak balik rumah!


Terasa seperti kelopak matanya ini ingin jatuh… Ah…






"Awak yang bertudung labuh di sana, bangun!" keras nada Ustaz Syawal mengarah. Nadiah mencuit rusuk kiri Ainil Yaqin. Dia mengangkat wajah yang sedari tadi ditidurkan di atas meja beralaskan lengan kanan. Terkial-kial sebentar cuba memahami posisi yang berlaku ketika ini.


"Awak, berdiri." Suara Ustaz Syawal kedengaran malas. Perlahan-lahan aku berdiri sambil memarahi diri sendiri di dalam hati.


"Kenapa awak tidur dalam kelas saya? Saya belum mula mengajar pun lagi,"


Aku terkial-kial untuk menjawab. Nadiah di sebelahku menggenggam erat tangan kiriku, cuba memberi kekuatan. Dia berbisik namun jelas di pendengaranku. Semua mata di dalam kelas itu tertumpu pada dia.


"Jangan biarkan mereka memandang rendah pada awak, Qin!"


Seakan-akan mendapat suntikan semangat yang baru, dia menjawab seadanya.


"Maafkan saya, ustaz. Saya tahu saya tidak patut tidur sewaktu ustaz bercakap. Saya sudah berusaha menahan rasa mengantuk tu, nasib baik ustaz cepat-cepat menegur saya," jawabnya datar sambil mata memandang wajah meja yang beralaskan kain getah berwarna keemasan.


"Siapa nama awak?" soal Ustaz Syawal pula dengan nada yang masih sama.


"Ainil Yaqin binti Yasir."


"Oh, betul la awak ni anak Ustaz Yas? Tolong sampaikan salam saya pada Ustaz Yas," tiba-tiba Ustaz Syawal menitipkan pesan.


Argh! Sah, dia dah cam aku dari tadi. Rupa aku ni memang ada iras sangat ke dengan abah?


Ainil Yaqin hanya mengangguk. Untuk mengelakkan daripada berpasang-pasang mata memandang kepadanys ketika itu, dia meminta izin Ustaz Syawal untuk ke tandas. Alasan, untuk mencuci muka.



** ** **




"Monyok ni apasal?"


"Ada orang nama 'Monyok' ke kat sini?"


"Weh, saya serius ni"


"Bila masa saya kata awak main-main?"


"QIN!"


"Apa?"


Nadiah melontarkan bantal tidurnya tepat mengenai muka gadis itu. Bantal itu dilemparkan semula kepadanya. Nadiah bangun menghempaskan dirinya ke atas katil. Dia memandang Ainil Yaqin yang berada di sebelahnya.


"Awak kenal Ustaz Syawal? Kenapa tak bagitau awal-awal?"


Ainil Yaqin diam.


"Awak ada pertalian darah dengan dia ke?"


Diam lagi.


"Qin, saya tanya ni jawab la!" marah Nadiah.


"Tak nampak ke saya tengah buat apa ni?" soalnya pula sambil menunjukkan novel berwarna merah yang berada di tangan.


Belum sempat Nadiah membuka mulut, dia segera menyambung.


"I answer your questions later okay?"


"Yelah, yelah." Akurnya sambil menarik muka.


"Asyik baca novel je. Buku pelajaran entah ke mana." Bebelnya lagi.


Ainil Yaqin ketawa dalam hati. Padahal Nadiah itu sama sahaja, penggemar novel juga!


"Sini kejap, novel apa tu?"


Dia berhenti membaca. Kacau daun sungguh Nadiah ni.


"Atas Nama Cinta. Penulisnya Isa Kamari, penulis dari Singapura," ujar Ainil Yaqin sambil menghulurkan novel tersebut kepada Nadiah.


"Novel epik sejarah? Kisah apa ni?"


Dia merampas kembali novel tersebut di tangan Nadiah.


"Bab sejarah ni kalah la saya," ujar Nadiah lagi.


Sengih. Memejamkan mata dan mengeluh. Malu sungguh apabila teringat kembali peristiwa semalam. Macam manalah dia boleh 'kantoi' tidur dalam kelas Ustaz Syawal! Huh!


"Tapi kan, saya macam kenal je dengan ustaz tu." Nadiah menyambung. Ainil Yaqin menggeleng kepala. Nadiah memang sudah lupa… Biarlah masa yang memberitahunya. Biar dia rasa..



** ** **

Ingatan peristiwa semalam berputar di mindanya. Sejak berada di rumah Nadiah tadi, Nadiah asyik menyoalnya perihal kaitan antara dia dan Ustaz Syawal. Nadiah, ingatkan dia sudah tahu identiti Ustaz Syawal apabila dia mengenalkan dirinya. Belajar di Mesir dalam jurusan Usuluddin, berumur 26 tahun. Nama penuh Mohamad Syawal bin Amir. Nadiah memang terlupa atau sengaja buat-buat lupa?

Azan asar mulai berkumandang syahdu. Badan terasa letih sedari tadi sedang melekatkan diri di atas katil kamarnya. Kipas meja masih setia berputar ligat menampar angin di tubuh. Tiba-tiba fikiran nakalnya menerjah.


Kak Ifa! Dia patut diberitahu tentang kepulangan Ustaz Syawal dari Mesir. Buah hati pengarang jantungnya! Kak Ifa sekarang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi tahun yang kedua. Dia mengambil jurusan yang berkaitan dengan psikologi. Cita-citanya ingin menjadi seorang pakar psikiatri. Nanti jika dia mengalami konflik jiwa bolehlah menerima khidmat percuma daripada kakak sendiri.


Kak Ifa, buah hatimu sedang berada di Malaysia!



[bersambung..]

No comments:

Post a Comment