Pengumuman~!

Selamat datang ke Ceritera Minda Kayangan! Sebenarnya blog ini masih dalam pengubahsuaian.. Sebab blog yang asal sebenarnya di sini; Berikanku Cahaya. Jadi, 'perpindahan' ke sini memerlukan saya menyesuaikan diri di blog baharu.

Tuesday, December 9, 2008

THE PAST [7]

ORANG DEWASA…ANEH?


[Edisi Belum Edit]





"Kak Ifa dengar tak ni? Dia dah balik!" ujar Ainil Yaqin untuk entah kali yang ke berapa. Suara di corong telefon hanya diam membisu seperti tadi. Aduh, susah sungguh untuk difahami bahasa diam ini. Sesekali kedengaran helaan nafas dihembuskan perlahan.


"So? Apa hal dengan Kak Ifa pulak kalau dia balik?" Kak Ifa bersuara. Nadanya biasa saja. Soalannya pula membuatkan telinganya ngilu tiba-tiba. Hish, hendak sahaja da hempuk mereka berdua ni baru tau! Menyusahkannya betul la.. Apalah yang berlaku sebenarnya?


"Kak Ifa!" separuh meninggi Ainil Yaqin memanggil nama kakaknya itu.


"Is ada? Kak Ifa nak cakap dengan dia.."


"Jangan nak tukar topik."


"Panggil Is," nada suara Kak Ifa kedengaran tegang. Ainil Yaqin mengeluh.


"Is, Kak Ifa nak cakap!" laungnya memanggil Ishaq. Terkocoh-kocoh Is keluar dari kamar tidurnya lalu mengambil gagang telefon dari tangannya.


"Petang-petang macam ni pun nak membuta lagi?" soal Ainil Yaqin sinis sebelum beredar menuju ke kamar peraduannya. Rambut Is kusut-masai dan matanya jelas kelihatan baru bangun dari tidur. Is hanya melontarkan jelingan tidak senang.


Ainil Yaqin menghempaskan diri ke katil. Perasaannya memberontak. Biarlah, hal mereka, dia tidak patut masuk campur. Ish..orang dewasa…pelik betul. Ainil Yaqin bangun, menuju ke kamar mandi di dalam bilik. Dia mengambil wuduk. Kamar mandi ini kecil saja. Terdapat tandas, pancutan air hujan dan paip. Bentuknya tak ubah seperti kotak empat segi. Cuma lebih lebar sedikit. Lantainya berjubin biru dan dinding pula berwarna putih.


Usai mengambil wuduk, dihamparkannya sejadah ke arah kiblat. Dia duduk bersila di atas sejadah, membiarkan air wuduk menitis dan kering sedikit. Amalan ini diajar oleh Kak Ifa sewaktu dia di bangku sekolah lagi. Banyak fadhilat yang boleh kita peroleh daripada air wuduk. Wuduk dapat menghapuskan dosa-dosa kecil dan dapat menjadi benteng untuk syaitan membisikkan kata nista. Malahan makruh hukumnya jika kita mengelap air wuduk pada anggota wuduk.


Selang beberapa minit, dia menyarungkan kain sembahyang ke tubuhku. Lalu dia mengadap pada Allah Al-Khaliq. Usai menunaikan kewajipan, Ainil Yaqin berdoa panjang. Mengadu kepada-Nya apa yang telah berlaku pada hari ini. Mengadu kepada-Nya, memohon ampun pada-Nya dan meminta pertolongan pada-Nya. Kerana dia sedar diri ini lemah, hanyalah seorang hamba yang kadang-kadang alpa akan suruhan Tuhan dan kadang-kala tidak sedar bahawa dirinya telah melanggar larangan-Nya. Biar jiwa ini tenang, biar jiwa ini sentiasa mengingati-Mu.


Ainil Yaqin mencapai tasbih yang diperbuat daripada kayu di atas meja kecil di tepi katil yang juga terletak sebuah frame gambar yang terpampang wajah Darunee, Nadiah, Nasyitah dan Ainil Yaqin di sebuah taman mini. Mulutnya mulai bertasbih memuji kebesaran-Nya diiringi butiran tasbih di tangan.


"..Ketahuilah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang." [ Ar-Ra'd : 28]



** ** **



"Abah dengar Awal tu mengajar di sekolah kamu, Qin?" soalan abah sewaktu di meja makan semasa mereka sekeluarga sedang menjamu makan malam membuatkan Ainil Yaqin hampir tersedak dan terluahkan nasi bercampur lauk ayam merah di pinggan.


"Ha'ah. Dia mengajar kelas Qin. Mengajar subjek bahasa arab. Maklumlah, orang belajar di Mesir." Jawapannya seolah-olah kedengaran menyindir. Masih terbayang di fikirannya tentang pertemuan dengan Abang Awal di bilik guru yang dia menjawab acuh tak acuh saja, membuatkan suatu perasaan tidak menyenangkan hadir.


"Laa, dia mengajar kelas Qin? Tak beritahu abah pun?" soal abah sambil memandangnya. Wajah abah diteliti. Kulit abah yang coklat cerah itu kelihatan bercelak dengan janggut sejemput yang hampir kesemuanya putih. Hidung abah separa mancung sepertinya dan kening abah yang terbentuk cantik diwarisi oleh dia dan Kak Ifa juga. Mata abah sedikit sepet saling tidak tumpah dengan mata Is, adiknya yang berlagak macho di sebelah.


"Dia kirim salam dengan abah," Dia menyampaikan pesanan Abang Awal yang sepatutnya minggu lepas disampaikannya. Namun hari ini baru dia teringat apabila abah membuka topik yang tidak menyenangkan ini. Abah menjawab salam seadanya. Umi di sebelah abah mengerutkan dahi apabila mendengarkan butir bicara mereka.


"Awal mana pulak abahnya? Siapa?" soal umi sambil tangan kiri menggapai gelas air masak berhampiran pinggannya.


"Syawal, anak jiran sebelah rumah kita ni. Anak Amir yang belajar kat Mesir tu, dah balik sebulan lepas. Balik senyap-senyap je," ringkas abah bercerita. Ainil Yaqin terkedu. Sebulan? Maknanya dah sebulan Abang Awal ada di sini. Dia datang mengajar di sekolah baru dua minggu lepas. Sedikit lagi nasi tersisa di pinggan, dikuis dan dilanyak dengan kuah masak merah dengan jari jemari.


"Oh, Syawal! Dah balik? Abahnya dah jumpa dia?" umi kelihatan terkejut. Sementara Is pula lebih-lebih berseri wajahnya menyebabkan abah tidak sempat menjawab pertanyaan umi.


"Abang Syawal dah balik? Hooray!! Boleh tolong ajar maths dan ceritakan kisah-kisah nabi!! Macam dulu-dulu, bestnya!"


"Hari Jumaat nanti Pak Mir akan buat majlis kesyukuran untuk Awal. Lepas solat Jumaat." Cerita abah lagi. Ainil Yaqin yang telah selesai makan menuju ke sinki, membasuh pinggan dan mencuci tangan. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia boleh teringat akan surat yang diberikan oleh Wahid yang disampaikan oleh Fifah-N kelmarin. Darah menyerbu naik ke muka.


"Oit, Is nak basuh pinggan ni. Berangan betul," sedar tidak sedar, Is berada di sebelah dengan wajah merenung aneh kepada Ainil Yaqin dengan tangannya sedang menatang pinggan yang hanya tinggal sisa tulang ayam.


"Yelah, Mr. Barbie,"




[bersambung..]