Pengumuman~!

Selamat datang ke Ceritera Minda Kayangan! Sebenarnya blog ini masih dalam pengubahsuaian.. Sebab blog yang asal sebenarnya di sini; Berikanku Cahaya. Jadi, 'perpindahan' ke sini memerlukan saya menyesuaikan diri di blog baharu.

Wednesday, December 10, 2008

THE PAST [8]

DUGAAN


[Edisi Belum Edit]



GILA!


Ainil Yaqin hampir menangis apabila dia mengucapkan kata-kata yang tidak disangka itu di hadapan pelajar-pelajar di dalam kelas. Kuat dan jelas. Seakan-akan sengaja melantangkan suaranya sehingga kedengaran di dalam kelas.


Asalnya begini; Liyana dari kelas sebelah, 3 Kreatif ingin berjumpa dengannya di luar kelas. Ketika itu waktu rehat akan berakhir lebih kurang enam minit lagi. Dia keluar melalui pintu belakang kelas. Liyana, gadis kurus dan kecil itu mengukir senyum. Ainil Yaqin membalas dengan senyuman yang lebih bergula. Namun senyumannya mati apabila terpandang susuk tubuh tegap dan tinggi beberapa tapak di belakang Liyana. Jejaka itu mara beberapa tapak. Berambut pendek terpacak dan berkulit sawo matang. Matanya tajam tetapi kelihatan mesra.


"Hai, saya Wahid." Jejaka tersebut bersuara. Tiba-tiba dirasakan seolah-olah bangunan yang dipijak ini bergegar dan hampir runtuh. Ya ALLAH, bala apakah ini? Lidah Ainil Yaqin bagaikan dibelit supaya jangan berbicara. Matanya menikam lantai.


"Saya ingin berkenalan dengan awak, boleh?" Wahid bersuara lantang. Sebahagian pelajar di dalam kelas menoleh dan menuding jari ke arah mereka. Liyana sedari tadi diam, masih dengan senyumannya.


"Hei, kalau nak dating salah tempat la!" Fathir berteriak kuat dari dalam kelas. Hati Ainil Yaqin bagai ditusuk-tusuk dengan tombak tajam yang tidak kelihatan. Tanpa menoleh, mahupun bersuara, dia mengangkat kaki pergi mengikut haluan hatinya. Geramnya. Liyana menjerit memanggil namun kaki cepat pula membawa haluan sendiri.


Mengapa dia harus mengambil hati apa yang dicakapkan oleh Fathir? Dia bukan jenis ini, yang mudah terasa hati terhadap lelaki. Dia pernah dipanggil 'Ustazah Lapuk', 'Khemah Bergerak' dan 'Berlagak Alim'. Lebih teruk daripada yang Fathir sindirkan tadi pun ada.. Mengapa dia harus mengambil hati?? Mana pergi keberaniannya? Eh, dia ni berani ke? Ahh! Mengapa harus menangis? YA TUHAN!!


Ainil Yaqin terus beristighfar di dalam hati. Sesiapa sahaja akan sakit hati mendengarkan tuduhan melulu seperti itu, dia menyedapkan hati. Mata dirasakan basah. Dia menuruni tangga dengan deras dengan menunduk, tidak mempedulikan dengan siapa dia berpapasan. Tiba-tiba sahaja dia berada di belakang bangunan Blok Bestari. Otak bagaikan malas untuk mencerna kecelaruan yang berlaku.


Ainil Yaqin terduduk bersimpuh di situ. Pokok-pokok yang berbatang tipis dan sederhana lebat daunnya itu melambai ditiup angin nan perlahan yang tidak dapat kurasakannya. Yaqin, tolonglah jangan menangis! Hati menjerit. Namun mata ini tetap ingkar, mata ini tetap meluruhkan air mata.. Setitis demi setitis, lalu berjujuran.. Tangan kanannya menggagau mengambil tasbih di dalam poket baju kurung. Bibirnya beristighfar perlahan sambil air mata tidak lekang berjujuran.


[bersambung..]