Pengumuman~!

Selamat datang ke Ceritera Minda Kayangan! Sebenarnya blog ini masih dalam pengubahsuaian.. Sebab blog yang asal sebenarnya di sini; Berikanku Cahaya. Jadi, 'perpindahan' ke sini memerlukan saya menyesuaikan diri di blog baharu.

Saturday, February 14, 2009

Alamanda Untukmu [4]

ALAMANDA UNTUKMU [4]


[Edisi Belum Edit oleh Anaqi]



Alamanda. Pokok ini jenis renek. Bunganya berwarna kuning. Berasal dari Brazil. Bunganya di hujung tangkai dan berbentuk corong seperti cawan.


Yusuf tersenyum apabila membaca info yang diperoleh oleh internet yang dicarinya. Entah mengapa di dalam kesibukannya membuat kerja kursus untuk SPM dicyber cafe, dia tiba-tiba sahaja tergerak hati untuk mencari maklumat tentang bunga Alamanda.


Nama Melayu: Bunga Alamanda Kuning

Keluarga: APOCYNACEAE

Nama Saintifik: Allamanda cathartica L.

Saiz Biasa: 8 cm

Nama Lain: Small Leaved Butter Cup


Tanpa disedari, bibirnya mengukir senyum di depan komputer di dalam kesesakan remaja di cyber cafe Taman Merwing tersebut. Alamanda.. ibu.. Ida.. dan.. Mariah…? Mengenali Mariah menyebabkannya kembali mengingati dua orang perempuan yang amat dikasihinya, seakan-akan mereka telah hidup kembali mengisi ruang hatinya. Atau mungkinkah tempat itu telah diisi oleh gadis pemalu itu? Yusuf menggeleng kepalanya.


Tidak mungkin! Tiada siapa dapat mengisi ruang hati ini selain mereka! Begitu juga dengan abah.. Tiada sesiapa..


Amirah pula gadis yang peramah dan kuat menyakat. Yusuf juga amat menyenangi Amirah yang sentiasa punya topik untuk dibualkan berbanding dengan Mariah, yang lebih banyak mendiamkan diri. Mariah lebih banyak mendengar dan juga mempunyai bakat melukis. Sama seperti Ida.. Yusuf menarik nafas panjang, langsung tersenyum sendiri lagi. Yang pastinya dia kini tidak lagi seperti orang yang meraba dalam keadaan antara gelap dan terang.. Mahupun malap.. Tiba-tiba sahaja di dalam benaknya menerjah tafsir ayat al-Quran yang dibacanya semalam.


"Barangsiapa yang disesatkan ALLAH maka adalah petunjuk baginya dan dibiarkan-Nya mereka dalam kedurhakaan serta dalam keraguan." [Al-A'raf: 186]


Dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki masa lalu.. Terima kasih Ya Rabb..



* * * *



Mariah menengadah siling. Memandang kosong kipas yang sedang berputar ligat, bagai sedang berusaha memusingkan kepalanya bersama. Terasa sesuatu yang mencucuk-cucuk di hatinya. Perasaan apakah ini? Hampir seminggu dia seperti ibu mati anak. Buat sesuatu serba tak kena. Astaghfirullah, laghakah dia?


''Apabila kita berasa resah, kembalilah pada ALLAH. Hanya DIA yang memahami apa yang ada di dalam hati hamba-Nya.'' Kata-kata abi semalam tiba-tiba sahaja mencucuk dalam benaknya. Nampaknya abi tahu bahawa anaknya ini sedang dalam keresahan, kebuntuan. Mariah segera bangun daripada perbaringan, menuju ke bilik air. Rambut separas siku ditocang kuda. Dia mengambil wuduk.

Keluar dari kamar mandi, Mariah mencapai jam tangannya di tepi katil. Lagi dua minit sebelum mencecah pukul 10 malam. Tadi dia sudah solat isyak. Baiklah Mar, kali ini tunaikan solat sunat hajat! Mariah tersenyum sendiri.


Sesungguhnya ALLAH ialah sebaik-baik tempat untuk mengadu. Kadang-kadang kita alpa, kita lupa pada-Nya. Namun pintu taubat-Nya terbuka luas untuk hamba-Nya. ALLAH AL-GHAFUR, Maha Pemberi Ampun. Okey, Mar.. Lepas ni solat sunat taubat pula!


Mariah bermonolog dengan hatinya. Kain sembahyang telah disarung. Tarik nafas. Niat. Takbir. Mariah mulai bertemu dengan Rabbnya.




[bersambung...]