Pengumuman~!

Selamat datang ke Ceritera Minda Kayangan! Sebenarnya blog ini masih dalam pengubahsuaian.. Sebab blog yang asal sebenarnya di sini; Berikanku Cahaya. Jadi, 'perpindahan' ke sini memerlukan saya menyesuaikan diri di blog baharu.

Wednesday, June 4, 2008

THE PAST [1]

*atas permintaan sesetengah pihak, saya letakkan kembali ceritera empat sahabat ini di sini dengan sedikit rombakan. Hanya sebagian entri sahaja yang akan saya pamerkan. Harap enjoy!

~ANAQI


HARI PERTAMA

[Edisi Belum Edit]

Kakinya melangkah deras ke destinasi yang dituju. Teruja, gembira dan berdebar bertembung lalu menjadi satu. Beg sekolah berwarna putih jernih digalas dengan cermat sekali. Uniform sekolah berwarna putih dengan pergelangan tangannya berkancing ketat dan kemas; tudung labuh bawah pusat, bawah siku dan paras pinggul berwarna putih; kain sekolah berwarna biru cerah kehijauan seperti kain baju kurung; semuanya tampak bersih sekali dan kelihatan seperti uniform yang baru dibeli. Di atas kiri tudung labuh itu terjahit lencana sekolah dengan lambang bentuk bulat dan di tepinya seperti kain rentang kecil menghiasi sekeliling dan tertera "Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Budiman". Di atas lencananya pula terjahit kain sulaman tebal berwarna ungu gelap sebesar dan selebar jari telunjuk tertulis dengan benang sulaman; Ainil Yaqin.

Ainil Yaqin, itulah nama gadis itu. Nama yang indah maknanya. Akhirnya, dia telah berdiri di hadapan sekolah kesayangan yang tersergam megah. Pagar besar sekolah dibuka untuk membolehkan guru dan mungkin juga ibu bapa murid yang hendak menghantar anaknya terus masuk ke perkarangan sekolah. Ainil Yaqin melalui pintu besar sekolah dengan perasaan teruja, dengan semangat dan azam baru. SMK Taman Budiman, aku menyusul! Hatinya menjerit gembira. Dia amat bersyukur dan terkejut kerana dapat bersatu kembali dengan rakan-rakan karibnya dalam satu kelas tahun ini; Tingkatan 3 Elektif. Wan Nurul Nadiah, Nurnasyitah dan Darunee Tan Chiang Yen. Mereka merupakan empat sekawan sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Tahun ini mereka kembali bersatu dalam satu kelas, amat menakjubkan.

Satu perkara lagi yang membuatkanku terkesima, Ahmad Faiz, Ong Cher Wei dan Koh Boon Sheng juga sekelas dengan kami. Mereka merupakan bekas pelajar yang satu sekolah rendah dengan kami ketika darjah enam. Cher Wei dan Sheng merupakan dua sahabat yang ceria dan suka melawak. Cher Wei, jejaka berbangsa cina tetapi bermata bulat dan berkaca mata serta kurus dan tinggi lampai. Sheng pula bermata sepet, kurus, sedikit rendah daripada Cher Wei dan juga berkaca mata.

"Qin, tunggu!"

Kedengaran seseorang sedang memanggil nama panggilannya dari belakang. Suatu suara halus dan bernada rendah.

"Qin, tunggulah saya!" suara itu semakin meninggi. Ainil Yaqin hanya tersenyum kerana sudah mengetahui gerangan si pemanggil. Gadis itu berpaling. Seorang gadis comel sedang berjalan dengan laju menuju ke arahnya. Bermata sepet, berkaca mata dan berwajah bulat. Rambutnya yang panjang paras bahu ditocang kuda; berayun-ayun mengikuti langkah gerakan empunya diri. Uniform sekolah pengawasnya, berkemeja lengan panjang berwarna biru terang disertai dengan tali leher. Pergelangan tangan dikancing dan dimasukkan baju bawah kemeja itu dalam skirt labuh hampir separas dengan buku lali. Gadis itu, Darunee Chiang Yen melambai ke arah Ainil Yaqin. Dia semakin mendekati Ainil Yaqin yang tercegat berdiri.

"Laju sungguh awak berjalan Qin. Tak terkejar rasanya," ujarnya dengan dahi berkerut seribu, dengan bahasa melayunya yang fasih.

"Alah, sedang teruja sangat. Hari pertama sekolah, mestilah bersemangat sikit. Awak datang dengan van sekolah?" soal Ainil Yaqin ramah. Darunee mengangguk. Mereka terus berjalan beriringan menuju ke Blok Bestari, blok untuk pelajar tingkatan tiga. Di mana-mana mereka menangkap dengan mata apa yang berlaku di sekeliling. Terdapat ramai pelajar bersemabang di luar kelas. Ada sebilangan pelajar lelaki yang melepak di tepi tangga dan juga di bangku luar kelas.

Mereka tiba di Blok Bestari dan terus menaiki tangga. Kelas mereka berada di tingkat dua. Kelas pertama, tentunya dimonopoli oleh pelajar pintar pelbagai kaum. Ainil Yaqin amat bersyukur dapat menduduki kelas tersebut. Dalam hati terasa sesuatu benda yang menebak-nebak.

"Lihat, Qin dan Nini! Marilah ke sini, kami telah sediakan tempat untuk kamu," terdengar pangggilan teriakan daripada Nasyitah, yang nampaknya dari tadi menunggu mereka di luar kelas. Ainil Yaqin meletakkan jari telunjuknya di mulut, tanda supaya dia menjaga adabnya sebagai muslimah, tidak perlu berteriak sedemikian. Nasyitah hanya tersengih sumbing.

Mereka masuk di pintu belakang kelas kerana tempat pelajar perempuan di belakang manakala lelaki di depan. Ketika melalui di hadapan pintu kelas, aku sempat melihat susuk tubuh Cher Wei yang sedang menahan tawanya. Di sekelilingnya terdapat Sheng, Faiz, dan beberapa orang pelajar lelaki yang popular di sekolah, Abqary Aiman, Fathir dan Ahmad Faqihuddin. Entah apa yang mereka bualkan, yang pastinya cuti panjang selama sebulan setengah pasti terisi dengan pengalaman yang menarik.

"Nampaknya saya orang yang paling terawal di antara kita yang datang ke sekolah," ujar Nasyitah sambil tersenyum. Mata Ainil Yaqin melilau mencari kelibat seseorang.

"Nadiah belum datang?" soalnya ingin tahu. Nasyitah hanya menggeleng kepalanya.

"Janganlah asyik tercegat di luar. Yen dah pun masuk ke dalam. Mari, saya tunjukkan tempat khas untuk tuan puteri," seloroh Nasyitah sambil tergelak kecil.

Entah kenapa, Ainil Yaqin dapat merasakan sesuatu yang nakal bermain di dalam fikirannya berdasarkan nada suara. Yen telah duduk di suatu tempat di dalam kelas tersebut. Kelas ini, sederhana luas. Dinding dicat dengan warna hijau muda namun silingnya berwarna putih. Papan putih di hadapan kelas bersih tanpa contengan. Papan kenyataan di kiri kanan papan putih tersebut kosong, tidak dihiasi dengan apa-apa; begitu juga dengan papan kenyataan di belakang kelas. Meja guru hanya dihiasi dengan pasu kecil yang kosong, tiada bunga di dalamnya.

"Nah, duduklah di tepi Nini. Saya dan Nadiah duduk di belakang kamu," arahan Nasyitah membuatkan gadis itu melarikan pandangannya ke arah sebuah tempat duduk kosong di sebelah Darunee. Matanya membulat. Dia memandang Nasyitah dengan pandangan berbaur tanda tanya dan amarah.

"Apa?" soal Nasyitah seperti tidak bersalah.

Dia tidak persoalkan tempat dudukku di bawah kipas yang damai dan berangin, malahan di tengah-tengah sudut kelas. Tidak, bukan itu yang menjadi persoalan. Yang dia tidak berpuas hati, Nasyitah menempatkan tempat duduknya di belakang pelajar lelaki. Ainil Yaqin memandang Nasyitah separuh berapi.


** ** **


"Qin, kadang-kadang awak perlu buka sedikit pemikiran awak! Saya cuma nak tolong awak berkomunikasi dengan mereka. Biar hilang sedikit gugup awak. Saya berniat baik," Nasyitah mula memberikan alasan ketika waktu rehat menjelma di kantin. Ainil Yaqin tidak memberi respon.

"Sudahlah Qin, kalau awak tak puas hati, tukar tempat sajalah. Saya yakin Syitah bermaksud baik, ingin menolong awak. Cuba dulu, kemudian barulah beralah," Nadiah pula menyokong Nasyitah sambil menasihati gadis itu. Dia cuma mengangkat bahu. Air sirap di dalam gelas sudah diminum separuh. Darunee menepuk belakang bahunya.

"Nantilah saya fikir dulu," jawabnya akhirnya. Mereka bertiga tersenyum penuh makna. Seleranya memang benar-benar mati waktu ini. Hanya meminum air sirap sahaja membuat perut senak. Nasib baik pelajar lelaki di hadapannya itu ialah Cher Wei dan Sheng.

"Okay, marilah masuk kelas. Saya ada ole-ole untuk kamu semua dari Kuala Lumpur" ujar Nadiah. Mereka berjalan bersama-sama menuju ke kelas.

Di kelas, Nadiah memberikan satu karung plastik berwarna hijau cerah yang sebesar tapak tangan. Ainil Yaqin, Nasyitah dan Darunee mengucapkan terima kasih dan membukanya dengan perasaan ingin tahu.

"Wah, cantiknya!" puji Darunee apabila melihat sebentuk key chain yang berbentuk titisan air hujan yang berlainan saiz berwarna merah dan putih. Ketiga-tiga kami memperoleh hadiah yang sama.





"Terima kasih Nadiah," ucap Ainil Yaqin sambil memeluknya.

"Saya pun punya warna yang sama. Sengaja saya membeli warna yang sama, kita kan kawan," ujar Nadiah sambil menunjukkan key chain di tangannya. Mereka berempat tergelak kecil.

Persahabatan. Ah, ia terlalu indah untuk diungkapkan dengan kata-kata!



[bersambung...]

No comments:

Post a Comment